Home » Miss Lonely Chubby by Wafaa` Munierah Umar
Miss Lonely Chubby Wafaa` Munierah Umar

Miss Lonely Chubby

Wafaa` Munierah Umar

Published January 2015
ISBN :
Paperback
Enter the sum

 About the Book 

HIDUP kesepian tanpa cinta, pasti membuatkan jiwa menjadi bebal. Itulah yang dialami Adibah, hidupnya kosong tanpa cinta disebabkan badannya diselaputi lemak yang tebal, kulitnya hitam seperti tar dan wajahnya pula apabila dilihat, tidak ubah sepertiMoreHIDUP kesepian tanpa cinta, pasti membuatkan jiwa menjadi bebal. Itulah yang dialami Adibah, hidupnya kosong tanpa cinta disebabkan badannya diselaputi lemak yang tebal, kulitnya hitam seperti tar dan wajahnya pula apabila dilihat, tidak ubah seperti penunggu sungai.“Perbuatan paling tabu adalah melihat diriku di hadapan cermin. Alangkah baiknya jika cermin tidak pernah dicipta, supaya aku boleh membayangkan diriku sangat cantik di muka bumi ini.” ADIBAHAdibah dihina dan dipulau orang di sekelilingnya. Mereka bagaikan terlalu jijik memandang Adibah. Seolah-olah mereka hidup bersama manusia yang menghidap penyakit berjangkit.“Kehodohan yang kau miliki bagaikan melekat pada wajahku. Kau selayaknya tinggal di dalam hutan dan harus menjalani hidup sebagai nomad. Di sana, kau berkawanlah dengan badak. Agar badak itu tahu bahawa kau sebahagian daripadanya.” SAKIRAKehidupan berduri dan menyebalkan itu berubah secara tiba-tiba apabila seorang lelaki mula menyedari kecantikan yang tersembunyi di sebalik kejelikan Adibah.“Menilai kecantikan menggunakan pendekatan yang jahil adalah seperti hanya melihat kulit tanpa melihat isinya. Aku menilai dari sudut yang bijak apabila mengupas kulit tubuhmu dengan asmara untuk menyelongkar kecantikan yang kau miliki.” QAHIRSeorang lelaki bergelar Datuk Seri juga secara tiba-tiba menaruh cinta terhadap Adibah. Dia melihat kecantikan Adibah yang tersembunyi itu bagaikan melihat bidadari yang turun dari kayangan untuk bersiram di sungai yang jernih airnya.“Cinta adalah perkara paling indah yang tidak dapat dilihat atau didengar. Cinta itu harus dirasai dengan hati yang murni.” DATUK SERI NAJMUDINAdibah keliru. Tidak pasti sama ada mahu menyambut cinta yang ditaburkan oleh kedua-dua lelaki kacak dan kaya-raya itu, atau kekal sebagai chubby kesepian yang sering dihina dan dimaki orang.